Welcome

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

SEKAPUR SIRIH

SEKAPUR SIRIH
Blog ini dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran serta laporan aktiviti terkini PGSR SCIENCE di IPG Kampus Darul Aman.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog IPG lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan kami dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat kami harapkan dan hargai.Terima kasih!- Sidang redaksi.

Monday, December 27, 2010

KONSEP “BENAR”

Kamus Dewan ( 1989 ):
Betul, tidak salah, tidak keliru
Tepat ( tidak berbeza dengan keadaan sebenar)
Amat, sangat, sekali  ( ramai sekali )
Benarbermaksud  betul dan mengandungi ciri penjelasan nilai. Mempunyai  fakta-fakta, sebab-sebab dan bukti  yang sah dan diterima oleh majoriti

G.E. Moore;  tingkah laku benar atau salah bergantung kepada darjah keseronokan yang dihasilkan ( dirasai secara intrinsik ) dan berbeza-beza antara  setiap individu
Dewey ;  Benar adalah perkara abstrak   dan hanya wujud daripada permintaan orang lain kepada kita.  Autoriti benarmenjadi permintaan atau pengakuan seseorang individu.
Confucious;  benar atau salah hanya wujud dalam hati manusia.
 
i. Kebenaran yang mutlak:
Kepercayaan kepada Tuhan dan menurut ajaran agama
Kewujudan dan isi ajaran dalam kitab agama tidak boleh dibahaskan atau dikaitkan dengan perkembangan sains dan amalan-amalan sosial pada bila-bila masa.
Kepercayaan kepada Tuhan telah wujud dalam otak manusia itu sendiri.
 
 
ii. Kebenaran secara saintifik:
Boleh dibuktikan dengan fakta-fakta atau maklumat yang dikumpul dan dianalisis secara saintifik.
Penggunaan statistik  dapat menunjukkan darjah kebenaran yang lebih tepat dan terperinci.
Betul / salah  tidak bergantung kepada kesedaran otak, kenyataan yang sah & tepat, boleh diuji  berulang kali pada masa, tempat yang berbeza
Kebenaran  wujud dalam teori atau hukum.

iii. Kebenaran secara relatif:
Sentiasa berubah-ubah mengikut situasi. Hari ini benar, tepi akan datang mungkin berubah
  ( akibat perubahan masa ).
Wujud secara relatif kerana ilmu pengetahuan, kajian, pertimbangan dan kemahuan individu adalah hasil usaha generasi sebelumnya
Kemajuan sains dan perubahan cita rasa membuat perubahan pesat

 

No comments:

Post a Comment