Welcome

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

SEKAPUR SIRIH

SEKAPUR SIRIH
Blog ini dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran serta laporan aktiviti terkini PGSR SCIENCE di IPG Kampus Darul Aman.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog IPG lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan kami dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat kami harapkan dan hargai.Terima kasih!- Sidang redaksi.

Sunday, December 19, 2010

EDU3106:nota en. mustoffa

Budaya

  • Satu bidang sains sosial
  • Antropologi – mengkaji tingkah laku luar biasa masyarakat kecil
  • Sosiologi - pola interaksi
  • Sains politik – rebutan kuasa, pemerintahan
  • Sejarah   -  asal usul
  • Ekonomi - pengeluaran dan agihan sumber
  • Psikologi - perkembangan manusia sejagat

Mengkaji - struktur dan sifat manusia
                - interaksi manusia dengan manusia
                - interaksi manusia dengan persekitaran
                - tingkah laku lazim manusia

Teori      

Penerangan saintifik tentang sesuatu fenomena

“Himpunan andaian yang saling kait-mengait secara logik dan daripadanya keseragaman empirik dapat dirumuskan” ( Robert K. Merton )
               
Teori Sosiologi

i.              Fungsional

·         Setiap anggota masyarakat mempunyai fungsi tertentu
·         Manusia dan benda sentiasa berfungsi antara satu sama lain untuk mencapai keseimbangan masyarakat
·         Berstruktur
·         Mempunyai fungsi biologi – keharmonian
·         Konsep : fungsi, disfungsi, tersembunyi
·         Tokoh : Auguste Comte, Herbert Spencer, Emile Durkheim

ii.            Konflik

·         Manusia sentiasa berkonflik untuk
·         ‘survival’
·         Membawa perubahan sosial
·         Tokoh : Karl Marx, Mills Coser, Dahrendorf, Thomas Hobbes, Lewis Coser

iii.       Interaksionisme

·         Manusia saling berinteraksi
·         Manusia adalah makhluk yang aktif dan penentu kehidupan sosial
·         Tokoh : Max Weber

Masyarakat

  • Satu kumpulan individu yang mempunyai persamaan dalam beberapa perkara
  • Mempunyai hubungan yang rapat
  • Saling bergantung
  • Ada peraturan, sistem ekonomi, kawasan dan budaya
  • ‘Kumpulan manusia yang hidup bersama, pergaulan masyarakat dan hidup bermasyarakat’ ( Sidi Gazalba )

Evolusi Masyarakat

Memburu > Berkebun dan menternak > Pertanian > Industri > ?

Masyarakat ( Perspektif Islam )

  • Fitrah manusia – bersifat lemah dan perlu tolong-menolong
  • Fardhu kifayah
  • Fardhu ain
  • Islam membentuk dan menstabilkan manusia untuk kebahgiaan dunia dan akhirat
  • Sumber : Al-Quran dan Hadis
  • Tokoh : Nabi Muhammad (s.a.w. ), imam …

Sistem sosial :

  • Iman adalah tunjang kepada politik, ekonomi, kebudayaan …
  • Sumber ekonomi milik Allah
  • Manusia bebas memiliki harta ( cara yang betul )
  • Manusia perlu hidup berinteraksi dan kolektif
  • Setiap individu ada peranan/tanggungjawab

Kebudayaan

Budi + Daya = Budaya
  • Bu = asli, pertama, sejati
  • Daya = akal, jalan fikiran, ciptaan
  • Akal manusia membentuk budaya masyarakat

‘Satu keseluruhan kompleks yang merangkumi pengetahuan, kepercayaan, seni, sikap, undang-undang, adat resam dan kebolehan-kebolehan lain dan tingkah laku yang diperolehi oleh manusia sebagai ahli masyarakat’ ( Taylor )

‘Satu susunan perlakuan yang dipelajari dan hasil dari perlakuan ini pula digunakan bersama dalam masyarakat dipanjangkan kepada anggota masyarakat yang berkenaan’ ( Linton )

‘Unsur pengorganisasian antara individu dan membentuknya menjadi satu kelompok yang berkebudayaan’ ( Benedict )

  • Kebudayaan adalah hasil pembelajaran manusia
  • Wujud dalam bentuk benda dan bukan benda

Ciri Kebudayaan

Kesejagatan dari segi;

i.   Perubahan
ii.  Hasil pembelajaran
iii. Milik bersama
iv. Ada nilai integratif ( perpaduan )

Komponen Kebudayaan

i.   Kognitif

Seluruh aspek pemikiran masyarakat seperti
-       simbol : perkataan, nombor, bendera,…
-       bahasa : makna yang standard untuk berhubung
-       nilai : prinsip dalam masyarakat
dipengaruhi agama dan kepercayaan, pengalaman dan hasil                        pembelajaran
-       kepercayaan : berbeza tahap mengikut masyarakat
                             mencorakkan budaya sesuatu masyarakat

ii.   Normatif

  • Norma yang sesuai, dimiliki, dikongsi bersama
  • Standard
  • Dipersetujui
  • Garis panduan masyarakat : betul ( ganjaran )/salah ( hukuman )
  • Norma formal – norma yang ditulis
  • Norma informal – tidak tertulis tetapi diterima dan difahami masyarakat

Mengikut Summer ada 2 norma sosial ;
Folk-ways : peraturan berasaskan adat resam yang diwarisi
Mores : Peraturan atau tingkah laku yang penting dalam masyarakat
             Lebih penting dari folk-ways
             Melanggar mores boleh dikenakan hukuman
             Satu alat kawalan sosial


iii.  Kebendaan

Dalam bentuk objek konkrit seperti rumah, lukisan, artifak, teknologi

Konsep Persepsi Individu Terhadap Budaya

i.   Etnosentrisme
ii.  Xenosentrisme
iii. Temposentrisme
iv. Relativisme Budaya

Kepelbagaian Bentuk Budaya Dalam Satu Masyarakat

i.   Kebudayaan dominan – tingkah laku yang diterima umum masyarakat
ii.  Subbudaya – kelompok kecil yang mempunyai tradisi dan nilai yang berlainan
iii. Pertentangan budaya – kebudayaan kecil dalam kelompok masyarakat yang bertentangan dengan budaya dominan
iv. Ketinggalan kebudayaan ( cultural lag ) – perubahan kebendaan mengatasi keupayaan kebudayaan bukan kebendaan
v.  Kejutan budaya ( cultural shock ) – kejutan akibat perbezaan budaya atau amalan hidup
vi. Mesra budaya – sedar, prihatin dan boleh menerima situasi dimana terdapat kepelbagaian budaya
vii.Silang budaya – pertembungan antara dua atau lebih budaya dalam satu situasi


Agen Budaya

i.   Keluarga
ii.  Rakan sebaya
iii. Sekolah
iv. Media massa


Hubungan Budaya dengan Pendidikan

Fungsi Sekolah

  • Sekolah ialah agen sosialisasi
  • Tempat murid mempelajari dan mengamalkan nilai, sikap, idea, kepercayaan, agama dan harapan
  • Secara formal
  • Secara tersembunyi ( kurikulum tersembunyi )
  • Tempat murid mempelajari dan mendapatkan pengetahuan serta kemahiran secara formal sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan

Perspektif Funsional

  • Tempat memupuk kebudayaan
  • Mekanisma menempatkan individu dalam sistem masyarakat
  • Alat kawalan sosial
  • Alat penapis
  • Sumber status
  • Guru mengubah personaliti murid

Perspektif Konflik

  • Sekolah berfaedah kepada golongan berkuasa dan berada
  • Menjadi medan perjuangan
  • Berlaku penindasan melahirkan individu yang diperlukan oleh sistem
  • Pekerjaan berprestij dipegang oleh elit
  • Pekerjaan kurang prestij diisi oleh golongan bawahan
  • Akhirnya pengaruh menentukan status pekerjaan


Dimensi Pendidikan

Massa      vs  elit
Awam       vs  swasta
Berpusat  vs  kedaerahan
Teknikal   vs  umum

Rumusan

  • Sekolah adalah satu organisasi
  • Mempunyai budaya tersendiri
  • Guru mengalami konflik tugas
  • Pendidikan sebagai mobiliti sosial
  • Pelajar dari berbagai peringkat








Jenis dan demografi penduduk
* Sejarah penduduk Malaysia – rujuk ppt.
  • Demografi ialah kajian tentang kependudukan


Penduduk Malaysia
Kaum
Tahun 1985
Kadar Pertumbuhan
Melayu
54.7 %
2.7
Cina
34.5 %
2.1
India
10.2 %
2.0
Lain-lain
0.7 %
1.3
Jumlah
100.0
2.4


  • Umur – ramai penduduk muda
  • Jantina – ramai perempuan
  • Tempat tinggal – Melayu di luar bandar, Cina di bandar, India di ladang
  • Status perkahwinan
  • Asal usul

Ras ialah perbezaan penduduk dari segi ciri fizikal

3 ras utama ialah

  • Kaukosoid ( Eropah )
  • Negroid ( Afrika )
  • Mongoloid ( Asia Timur )

Bangsa

Sekumpulan manusia yang berasal dari satu keturunan
Contoh : Melayu, Cina, India, Dusun, Bajau, Melanau,…

Kelompok etnik

Satu kumpulan orang yang mempunyai kebudayaan atau kebudayaan kecil ( minoriti ) yang sama, diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi
Berasal dari satu keturunan
Contoh : masyarakat Portugis dan Baba Nyonya di Melaka.







Struktur Masyarakat/Kelas Sosial

Strata/susun lapis sosial

Jenis sistem kelas sosial

  • Perhambaan
  • Kasta
  • Estet
  • Kelas dan status sosial

Strata masyarakat mengikut status ekonomi

  • Atasan – hartawan
  • Pertengahan – profesional
  • Pertengahan bawah – kolar putih
  • Pekerja – pekerja mahir dan separuh mahir
  • Bawahan – miskin

Agama/Kepercayaan

  • Agama – Islam, Kristian, …
  • Kepercayaan –
  • Ideologi – komunis, sosialis,…
  • Anamisme
  • Freethinker

Bahasa

Alat komunikasi

  • Tulisan
  • Lisan
  • Badan
  • Isyarat
  • Loghat  kedaerahan
  • Pengaruh asing
  • Pertembungan bahasa
  • Laras bahas

Adat resam
  • Peraturan yang sudah diamalkan sejak turun-temurun
  • Pantang larang



Jantina

  • Diskriminasi
  • Ketaksamaan
  • Keistimewaan
  • Isu-isu berkaitan

Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

  • Guru
Silang budaya
Penilaian mesra budaya
Komunikasi berkesan
Empati
Tanpa syarat
Tanpa prejudis
Konsep kesejagatan
Tidak etnocentrism
Kaedah ( libatkan murid berbagai kaum dalam p&p )

  • Murid
Terima rakan secara terbuka                                                           
Menghormati budaya lain
Mempelajari dan memahami budaya asing
Kaedah belajar

  • Sekolah
Persekitaran sejagat
Sudut /bahan/aktiviti kokurikulum
Keperluan dan kemudahan sesuai untuk semua kaum
          
  • Kurikulum tersirat
Pemupukan nilai murni
Perpaduan kaum ( RIMUP )
Bahasa pengantar

Ketaksamaan Peluang Pendidikan

  • Kelas sosial
  • Jantina
  • Kumpulan minoriti
  • Murid berkeperluan khas
  • Isu-isu ketaksamaan peluang pendidikan orang asli, indigenous dan pedalaman

No comments:

Post a Comment