Welcome

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

SEKAPUR SIRIH

SEKAPUR SIRIH
Blog ini dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran serta laporan aktiviti terkini PGSR SCIENCE di IPG Kampus Darul Aman.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog IPG lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan kami dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat kami harapkan dan hargai.Terima kasih!- Sidang redaksi.

Monday, December 27, 2010

PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL (ELM 3101)

Konsep Asas Moral
•Pengenalan Pendidikan Moral di Malaysia
•Moral akhlak dan etika
•Konsep baik, benar dan patut dalam moral
•Aliran pemikiran moral
–Naturalis
–Emotivis
–Intuisionis
–rasionalis
 Pengenalan Pendidikan Moral
di
Malaysia
•Diperkenalkan dengan hasrat untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi pekerti mulia mengikut nilai-nilai yang diterima oleh semua masyarakat Malaysia.
Objektif Pendidikan Moral adalah untuk membolehkan murid :-
i.Menyedari , memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia;
ii.Meningkatkan amalan budi pekerti mulia:
iii.Menyedari kepentingan dan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga, masyarakat, negara serta alam sekitar; dan
iv.Mengembangkan pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral dalam membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
•Kepentingan Pendidikan Moral menjurus kepada cita-cita kerajaan bagi melahirkan masyarakat bermoral tinggi dan disanjung dan disegani oleh negara lain, dengan mengamalkan perkara-perkara berikut:
–Mengamalkan nilai-nilai murni
–Cinta dan setia kepada negara
–Menjunjung tinggi perlembagaan dan kedaulatan undang-undang
–Bersopan dan bersusila
–Menyahut cabaran Wawasan 2020
–Mengetahui dan melaksanakan hak mengikut perlembagaan
–Mengetahui dan melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia
–Amalan berbudi bahasa
–Menjadi agen moral
Lima  Bidang Pembelajaran di dalam Sukatan Pendidikan Moral KBSR
1. Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri
2. Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Keluarga
3. Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Masyarakat
4. Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Alam Sekitar
5. Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Negara

MORAL, AKHLAK DAN ETIKA
 ETIKA 
•Berasal  dari perkataan Yunani bermaksud adat (custom) atau kegunaan (usage)
•Frankena W.K.(1973); etika merupakan falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang kemoralan, masalah moral dan pertimbangan moral.
•Berbentuk teoritikal dan merupakan kajian falsafah tentang moral, iaitu tentang kelakuan yang baik
 
•“Perkataan etika juga mempunyai berbagai-bagai pengertian. Pengertian biasa  digunakan sebagai satu peraturan  yang menjadi panduan  hidup manusia.
  Contoh: ‘etika perubatan’ (medical ethics) – bermaksud suatu kod (susunan undang-undang) yang dapat mengatur  dan memberikan panduan tingkah laku kepada para doktor dalam perubatan antara mereka  dan juga  dengan para pesakit. ‘Etika perniagaan’ (bisuness ethics) adalah suatu kod yang dapat mengatur  tindak-tanduk ahli-ahli perniagaan terhadap pelanggan, pekerja dan rakan-rakan seperniagaan mereka”.
 
  ( Stroll & R.H. Popkin: Introduction to Philosophy: hal 249-251)

“Moral dan etika memberi pengertian yang serupa, dan juga mempunyai metod kajian yang hampir sama, maka moral boleh diertikan  sebagai satu disiplin yang akan dapat memberitahu kita apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu kelompok manusia tertentu; sementara etika pula mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut”.
  ( Peter Baelz: hal 2 )
  “Etika bersifat reflektif dan teoritikal, sementara moral pula bersifat praktikal – etika adalah penyelidik atau pengkaji, sementara moral merupakan bahan yang di selidik atau dikaji oleh etika”.
  ( R.H. Popkin & A. Stroll: Philosophy Made Simple: hal 1-2 )
 
•Contoh:
  Seseorang yang percaya membunuh adalah salah dalam masa yang sama ia wajib  mempertahankan  tanah air jika dicerobohi. Apakah yang perlu dilakukan jika negara diancam? Jika enggan berjuang untuk negara bermakna tidak menjalankan kewajipan kepada negara, jika sebaliknya dia akan melakukan pembunuhan. Dalam keadaan seperti ini kemampuan sesuatu teori etika akan teruji keutuhannya dan akan terletak sejauh mana ia dapat menolong menyelesaikan situasi berkenaan.

•Faktor yang mempengaruhi etika;
–Manusia. Menggunakan akal untuk memilih dan melaksanakan sesuatu yang baik dan jahat
–Naluri. Lima naluri iaitu naluri makan, berkahwin, sukakan anak, naluri pertahanan dan naluri ketuhanan boleh digunakan untuk tujuan baik dan jahat
–Adat dan kebiasaan. Nilai yang diterima oleh majoriti masyarakat
–Keturunan. Faktor penting dalam pembentukan etika mulia dan sebaliknya.
–Persekitaran.  Persekitaran jasmani (iklim dan faktor geografi) dan rohani (dalaman individu yang berkait dengan agama/kepercayaan) mempengaruhi corak tingkahlaku seseorang
 
KESIMPULAN:
•
•Etika boleh disamaertikan dengan moral @ akhlak, namun terdapat sedikit perbezaan.
Boleh dilihat dalam pelbagai aspek:
•Cabang ilmu - falsafah  ( sama seperti  ilmu lain )
•Tataperaturan - jelas apa  dan tujuan yang harus dilakukan
•
•Falsafah moral  - pokok persoalan =>segala perbuatan manusia
  ( sedar @ sengaja ) -lahiriah/batiniah
•
•Ilmu - memperkatakan kenapa kita mesti ikut arahan moral
 
 

No comments:

Post a Comment