Welcome

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

SEKAPUR SIRIH

SEKAPUR SIRIH
Blog ini dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran serta laporan aktiviti terkini PGSR SCIENCE di IPG Kampus Darul Aman.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog IPG lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan kami dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat kami harapkan dan hargai.Terima kasih!- Sidang redaksi.

Thursday, December 30, 2010

Aliran Pemikiran Moral

•Naturalisme
•Emotivisme
•Rasionalisme 
•Intuisionisme
 PEMIKIRAN NATURALISME
•Aliran pemikiran menggambarkan situasi sebenar
•Aliran pemikiran lurus dan jujur dalam menilai sesuatu
Sifat-sifat
•Menerima apa yang ada dan tidak menyoal hakikat atau kenapa wujud keadaan tersebut
•Mudah tentukan sifat manusia  sama ada baik atau betul
•Meletakkan manusia; ada akal, boleh berfikir dan dapat bertindak rasional  berbeza daripada  binatang
Menggunakan pemikiran rasional ditahap biasa 
 
Kesan
•Tidak dapat mengeluarkan pendapatnya; hidup tertekan
•Sentiasa merendah diri; lebih suka memencil diri , tidak mudah interaksi
•Tiada motivasi atau kurang usaha
•Lemah jiwa
•Halang usaha untuk capai matlamat hidup yang sempurna
•Pengikut setia, kurang membantah dan mudah puas hati
PEMIKIRAN EMOTIVISME 
•Berasal dari perkataan“emosi”; perasaan terhadap objek atau situasi
•Bertindak mengikut perasaan atau emosi
•Ditunjukkan melalui  perlakuan, air muka, kata-kata
•Contoh; gembira, setuju, menyenangkan, diterima, puas hati  dan sebaliknya
•Faktor penting perlu diwujudkan bersama pemikiran rasional
Sifat-sifat emotivis
•Agresif
•Pendiam
•Cepat tersinggung
•Kuat cemburu
•Sentiasa tertekan emosi
•Berat untuk bergaul dengan orang ( suka bersendirian )
•Rajin memperbaiki diri
 
 
Kesan
•Wujudnya masalah moral disebabkan ketidakmantapan dalam mengawal emosi
•Kebangkitan emosi menyebabkan gugup, gementar, suka, duka, marah dsb.
•Bertindak secara tidak menentu disebabkan pengaruh keadaan semasa dan mengikut emosi
PEMIKIRAN INTUISIONISME
•Berasal dari perkataan latin “Intueor”; memandang tepat kepada sesuatu; proses melihat atau memahami sesuatu secara intelek
Sifat-sifat intuisionis
•Melihat, mentafsir dan bertindak ikut gerak hati berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang telah diperolehi tanpa memikirkan akibat, kualiti dan kesan
•Cepat membuat keputusan
•Mudah menerima arahan
Selalu mengubah fikiran
 
Kesan:
•Cepat membuat keputusan menyebabkan kadang-kadang keputusan/tindakan yang diambil tidak sesuai
•Mudah menerima arahan menyebabkan individu tersebut selalu berubah fikiran; berpendirian tidak stabil
Henry Bergson (1859-1941);  Intuisi  merujuk kepada naluri yang membolehkan individu memahami hidupnya dari segi kerohanian

PEMIKIRAN RASIONALISME
•berasal dari perkataan Latin “ratio” bermaksud  reason atau sebab-musabab
•Tingkah laku berlandaskan pemikiran rasional
•Sentiasa memikirkan sesuatu dengan waras dan logik
•Menekankan nilai berikut:
–Kebenaran
–Kegunaan
–Mempunyai logiknya sendiri
Sifat-sifat Rasionalis
•Menggunakan fikiran dan taakulan
•Yakin bahawa pengalaman sahaja tidak akan menghasilkan pentafsiran yang sah
•Percaya bahawa pengalaman berdasarkan fakta boleh dijadikan ukuran yang sah bagi mentafsir sesuatu
•Tindakan biasanya wajar, waras dan rasional
Kesan
•Teliti dalam membuat keputusan dan bertindak dengan mencari bukti-bukti yang sahih
•Selalu berfikir untuk memperbaiki kemajuan diri
•Rajin , tekun dan tidak mudah berputus asa

No comments:

Post a Comment