Welcome

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

SEKAPUR SIRIH

SEKAPUR SIRIH
Blog ini dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran serta laporan aktiviti terkini PGSR SCIENCE di IPG Kampus Darul Aman.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog IPG lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan kami dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat kami harapkan dan hargai.Terima kasih!- Sidang redaksi.

Monday, December 27, 2010

PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL (ELM 3101)

MORAL
•Berasal dari perkataan Latin “mores” dan membawa maksud sama dengan etika (Ashmore, 1987)
•Kamus Oxford Advanced learners (6th Edition); moral adalah kesedaran tentang tingkah laku betul dan salah, apa yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan serta bersifat praktikal.
•Perbezaan antara moral dan etika; moral merujuk kepada perkara yang lebih kepada tingkah laku, manakala etika merujuk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk memperbaiki sesuatu keadaan
•Membicarakan persoalan betul atau salah, benar atau tidak dan apakah yang perlu dibuat atau yang harus ditinggalkan terhadap sesuatu perkara  dalam satu-satu keadaan.
•Contoh:
  Salahkah seseorang perempuan menumpang kereta seorang lelaki. Beberapa pertimbangan   moral
  ( moral judgement )  oleh gadis itu akan  melahirkan keputusan dan tindakan.
•Menyoal diri sendiri? Masyarakatnya? Dan persoalan lain
  ( Peter Baelz: Ethics and Belief : 1)

 
•Pertimbangan moral seseorang adalah bergantung kepada suasana atau keadaan :
  àDi mana ia berada dan dibesarkan
  àSistem sosial  atau kelas di mana ia hidup
  àAgama yang dianuti
  ( Peter Baelz: hal 6-8 )
Contoh:
•Kanak-kanak kampung membuang sampah di tepi jalan mungkin dianggap tidak salah jika di bandingkan  dengan kanak-kanak yang dibesarkan di bandar atau dari keluarga yang bersih dan berdisiplin.
•Minum arak  mungkin tidak dianggap salah oleh sesetengah orang Kristian, tetapi haram di sisi Islam.

Peter Baelz: Ethics and Belief:
  “ Moral dan etika selalunya mempunyai makna yang sama. Walau bagaimanapun, adalah berfaedah jika dapat dibezakan antara keduanya, sekalipun kita selalu tidak berjaya membezakannya”.
J.L. Mackie: Ethics: Inventing Right and Wrong tidak membezakan terma-terma  moral dan etika:
  “ Kenyataan moral dan etika akan dapat menerangkan sesuatu perbuatan itu betul atau salah; atau perbuatan  yang sejenis dengannya  betul atau salah; ia mampu menyediakan garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan  mengenai perbuatan  atau kecenderungan  seseorang; atau sekurang-kurangnya ia dapat memajukan garis panduan  yang dengannya boleh dibuat berbagai-bagai pertimbangan moral”

“Moral secara mudah boleh dikatakan  sebagai cara atau berbagai-bagai  cara untuk melihat dan mempersoalkan  berbagai-bagai isu berhubung  dengan perbuatan atau tingkah laku”.
 
  ( G.J. Warnock: The Object of Morality:hal 1-10  )
Prof. N. Capaldi, Prof.E. Kelly dan Prof.L.E.Navia dalam kajian mereka: An Invitation to Philosophy telah menyamaertikan  istilah moral dan etika:
  “Dari segi etemologi , perkataan Inggeris ‘ethical’ dan ‘moral’ adalah sama, dan kerana itulah, maka pengajian etika dan moral sebenarnya satu dan sama sahaja”.
A.R. Lacey: A Dictionary of Philosophy  dan W.L.  Reese: A Dictionary of Philosophy and Religon  telah menyamakan istilah  ‘moral’ dalam bahasa Latin dan ‘etika’ dalam bahasa Greek. Kedua-dua istilah itu bersangkutan  dengan kegiatan-kegiatan  praktikal yang berhubung dengan  tingkah laku, adat dan cara hidup: serta aspek-aspek niat dan kecenderungan  seseorang atau masyarakat dalam melakukan  satu-satu aktiviti.


KESIMPULAN
•Peraturan masyarakat - ajaran, kumpulan peraturan dan ketetapan à lisan / bertulis = bagaimana manusia harus hidup dan bertindak  sebagai manusia  baik
•Praktikal, tapi bukan semua praktikal = moral
•Standard perlakuan: baik atau buruk, adil, amanah, betul atau salah, apa yang perlu dibuat atau ditinggalkan
•Kit untuk hidup
•Bergantung suasana, keadaan di mana seseorang itu dibesarkan, sistem sosial atau kelas dan agama dianuti
•Diyakini berbanding undang-undang atau standard lain
•Merangkumi nilai-nilai murni, iaitu baik hati, berdikari, berhemah tinggi, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, bekerjasama, kesyukuran, berfikiran secara  rasional
 
 
Amalan bermoral dilihat dalam situasi berikut:
•Pengawalan diri terhadap sesuatu kehendak nafsu atau  dapat menahan diri dari melakukan  sesuatu tingkah laku yang dianggap salah.
•Kawalan ke atas keperluan fizikal  yang berdasarkan kepada peraturan-peraturan  masyarakat  yang telah diterima secara rasional.
•Bertindak secara rasional terhadap sesuatu keputusan moral  yang melibatkan pentafsiran  tindakan ‘betul’ melalui maklumat  atau pengetahuan yang cukup dan dihuraikan dengan pemikiran   secara objektif dan kritis.
Sentiasa menjaga dan bertindak dalam keadaan yang berdisiplin serta menghayati  sesuatu standard hidup yang dicapai oleh sosio-ekonomi masyarak
 
 

No comments:

Post a Comment