Welcome

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

SEKAPUR SIRIH

SEKAPUR SIRIH
Blog ini dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran serta laporan aktiviti terkini PGSR SCIENCE di IPG Kampus Darul Aman.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog IPG lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan kami dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat kami harapkan dan hargai.Terima kasih!- Sidang redaksi.

Wednesday, November 30, 2011

My Home-Maded Electroscope

 
LAPORAN AKTIVITI  5  : MY HOME- MADE  ELECTROSCOPE
Langkah 1
Mengenalpasti masalah : Adakah semua bahan dapat mencapahkan kerajang   
                                         aluminium
Langkah 2
Membina Hipotesis        : Bahan yang mempunyai cas elektrostatik dapat
                                         mencapahkan kerajang  Aluminium
Langkah 3                      : Merancang eksperimen
1.    Bahan dan alatan 
2.    Kertas keras
3.    Paku
4.    Kerajang  aluminium
5.    Tuala nilon
6.    Sikap rambut
7.    Klip kertas
8.    Jarum
9.    Pembaris plastik
10. Kertas
11. Lidi
Langkah-langkah melakukan eksperimen
1.    Sebiji bikar disediakan.
2.    Kepingan kardbord yang berukuran 12cm x 12 cm dipotong.
3.    Kepingan kardbord ditebuk di tengah dengan menggunakan paku.
4.    Kepingan kerajang aluminium dilekatkan  hujung paku tadi.
5.       Kepingan kadbord yang telah dicucuk dengan paku, diletakkan di atas permukaan bikar.
6.    Sikat rambut diambil dan digosokkan dengan menggunakan tuala nilon selama beberapa minit.
7.    Sikat rambut yang telah digosok,didekatkan pada kepala paku.
8.    Pergerakkan kerajang aluminium di perhatikan.
9.    Ulangi langkah 6-8 dengan menggantikan objek-objek yang lain.

Langkah keselamatan:
1.    Berhati-hati menggunakan objek yang tajam seperti pisau, gunting dan paku.
2.    Berhati-hati apabila menggunakan bahan kaca yang mudah pecah seperti bikar.
3.    Mematuhi peraturan dan langkah-langkah keselamatan di dalam makmal.
4.    Menjaga kebersihan makmal

Jenis pemboleh ubah
a). Pembolehubah di malarkan           : Kerajang Aluminium.
b). Pembolehubah di manipulasikan  : Jenis objek.
c.Pembolehubah bergerakkak balas  : Keadaan kerajang aluminium.

Gambarajah : Rujuk lukisan di papan tulis.
Langkah  4    : Menjalankan eksperimen.
                         Langkah-langkah adalah seperti di atas.

Langkah 5     : Menganalisis data dan mentaksirkan data.

            
               Objek
                             
                                 Pemerhatian

Kerajang Aluminium mencapah
Kerajang Aluminium
Tidak mencapah

Sikat

/


Lidi satay

/

Paku

/

Jarum

/

Pembaris plastik
/


Kertas

/


Langkah 6  :  Kesimpulan

Kesimpulan  :  Bahan yang diperbuat daripada plastik  mempunyai cas elektrostatik

The Frozen Burner

AKTIVITI 3 : THE FROZEN BURNER


Langkah 1  : Mengenalpasti Masalah

Adakah lilin sejukbeku menyala dengan kadar yang sama dengan lilin yang disimpan pada suhu bilik.

Langkah 2  : Membuat Hipotesis

Lilin yang disejukbekukan  menyala lebih lama berbanding lilin yang  disimpan di dalam suhu bilik.

Langkah  3 : Merancang Eksperimen

a.    Sediakan bahan

                                  i.    2 batang lilin yang sama panjang (1 batang  di sejukbeku  selama satu malam dan 1 batang lagi disimpan pada suhu  bilik )
                                ii.    Pemetik api

b.  Prosedur :
 i.   Letakkan kedua-dua lilin di atas permukaan yang rata.
                        ii.   Nyalakan api  pada kedua-dua lilin secara serentak.
                               iii.    Pemerhatian dibuat terhadap  lilin yang manakah menyala lebih
   lama.

c.Pembolehubah
i.   Manipulasi           : Suhu lilin / tempat lilin disimpan
ii.  Bergerakbalas     : Masa yang diambil untuk lilin terbakar.
iii. Dimalarkan          : Panjang lilin , jenis lilin

d.Langkah-langkah keselamatan
i. Berhati-hati semasa mengendalikan api.



Langkah 4 : Menjalankan Eksperimen
Prosedur :
 i.  Kedua-dua lilin diletakkan di atas permukaan yang rata.
                        ii   Api dinyalakan pada kedua-dua lilin secara serentak.
Iii  Pemerhatian direkodkan didalam jadual.

Langkah 5 : Menganalisis Data


Lilin


Pemerhatian

Inferens


Lilin sejukbeku


-       Tidak mudah menyala
-       Tempoh nyalaan lebih lama
-       Saiz nyalaan lebih besar


-       Suhu lebih rendah menyebabkan lebih banyak tenaga yang diperlukan untuk proses  pembakaran.


Lilin suhu bilik


-       Mudah menyala
-       Tempoh nyalaan lebih singkat
-       Saiz nyalaan lebih kecil


-       Suhu lebih tinggi menyebabkan kurang tenaga yang diperlukan untuk proses pembakaran.


Langkah 6 : Membuat Kesimpulan
Suhu yang lebih rendah menyebabkan lilin membeku.Oleh itu , lebih banyak tenaga haba diperlukan untuk mencairkan lilin yang beku menyebabkan ia menyala lebih lama berbanding lilin pada suhu bilik.

The Sucking Bottle


LAPORAN AKTIVITI 1 : THE SUCKING BOTTLE
Langkah 1 : Mengenal Pasti Masalah
1.       Bolehkah telur dimasukkan ke dalam botol yang mulutnya bersaiz lebih kecil daripada telur?
Langkah 2 : Membina Hipotesis
2.       Telur disedut masuk ke dalam botol apabila tekanan udara di dalam botol lebih rendah daripada tekanan udara di luar.
Langkah 3 : Merancang Eksperimen
3.       Langkah Keselamatan :
1.       Berhati-hati apabila menyalakan mancis.
2.       Memakai kaca mata keselamatan.
3.       Pastikah kebersihan diberi keutamaan.
4.       Menyediakan bahan :
1.       Telur yang telah direbus sehingga masak.
2.       Botol yang jernih yang mempunyai mulut  bersaiz kecil sedikit dari telur.
3.       Sekotak mancis.
5.       Telur rebus dikupas kulitnya.
6.       Mancis dinyalakan  dan dimasukkan ke dalam botol.
7.       telur diletakkan di atas permukaan mulut botol dengan pantas.
8.       Pemerhatian dicatatkan.
Langkah 4 : Melaksanakan eksperimen.
  • Melakukan eksperimen mengikut langkah-langkah di atas.
Langkah 5 : Menganalisa dan mentafsir data
·         Didapati botol menyedut telur masuk ke dalam botol tersebut.
Langkah 6 : Membuat Kesimpulan
·         Nyalaan mancis yang dimasukkan ke dalam botol menghasilkan suhu tinggi di dalamnya dan menyebabkan tekanan udara di dalam botol menjadi rendah berbanding tekanan udara di luar.
Ini menyebabkan telur telah disedut masuk ke dalam botol.
·         Hipotesis telah dibuktikan.