Welcome

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

SEKAPUR SIRIH

SEKAPUR SIRIH
Blog ini dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran serta laporan aktiviti terkini PGSR SCIENCE di IPG Kampus Darul Aman.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog IPG lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan kami dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat kami harapkan dan hargai.Terima kasih!- Sidang redaksi.

Monday, December 27, 2010

PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL (ELM 3101)

AKHLAK
•Berasal  dari perkataan Arab ‘Khuluf’ bermaksud  budi pekerti.
Dr. Miqdad YalJin  meringkaskan akhlak kepada 3 aspek:
•Sifat semula jadi yang dimiliki oleh seseorang secara fitrah;
•Sifat yang dimiliki oleh seseorang melalui latihan atau sebagainya yang akhirnya diterima  sebagai  adat atau tabiat; dan 
•Akhlak meliputi  dua dimensi, batin iaitu kejiwaan dan zahir iaitu kelakuan
•Dari segi istilah: Akhlak bermaksud kejiwaan yang darinya akan terbit tingkah laku  dan perbuatan manusia
   ( Jamil Saliba: al-Mu’jam  al-Falsafi) 
 Ibn Athir dan al-Ghazali:
•Khuluf merupakan gambaran batin seseorang termasuk –jiwa, inspirasi, kehendak dsb;
•Khalqu pula merupakan sifat lahiriah atau bentuk luaran seseorang.
•Oleh itu, apabila dikatakan seseorang itu baik khuluf  dan khalqunya maka – baik sifat batiniah dan lahiriahnya.
 Ibn Miskawayh mendefinisikan akhlak sebagai
•“Keadaan jiwa yang menggerakkan seseorang untuk melakukan  sesuatu perbuatan tanpa pertimbangan fikiran (terlebih dahulu)
Keadaan jiwa seseorang terbahagi 2 bahagian:
•Tabii (natural)
•Dibentuk melalui latihan dan kebiasaan
•Jiwa tabii berpusat di sifat semula jadi seseorang  - umpamanya cepat marah terhadap perkara yang kecil-kecil; cepat terkejut dengan berita yang didengar; cepat ketawa; cepat berputus asa  dsb.
•Jiwa yang dibentuk melalui latihan  dan kebiasaan  melalui dua peringkat:
–Peringkat pertimbangan  dan pemikiran yang teliti
–Peringkat mempraktikkan  sesuatu kebaikan  sehingga menjadi  kebiasaan dalam amalan hidup seseorang
Konsep Akhlak  al-Ghazali:
  “Akhlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang, darinyalah terbentuknya perbuatan  dengan mudah, dengan tidak berkehendakkan pertimbangan fikiran terlebih dahulu.”
Menurutnya:
•Jika keadaan jiwa  melahirkan perbuatan yang baik ( akal dan syarak)  dinamakan akhlak yang baik, jika sebaliknya  dipanggil akhlak  yang buruk.
•Akhlak bukan pengetahuan atau kebolehan untuk melakukan sesuatu perbuatan; bukan juga baik atau buruk  itu sendiri; tetapi akhlak sebenarnya keadaan kejiwaan yang merupakan punca kepada wujudnya tingkah laku.
Mengikut Ahmad Amin:
  “Akhlak adalah sifat batiniah (kejiwaan) bukan lahiriah (luaran). Adapun perbuatan lahiriah dinamakan ‘kelakuan’ atau ‘mu’amalat’, dimana ianya merupakan gambaran dan bukti adanya sifat kejiwaan atau akhlak”.
Akhlak mempunyai ciri-ciri:
•Aspek batin atau keadaan jiwa seseorang yang merupakan  tenaga penggerak kepada  pembentukan tingkah laku
•Aspek luaran atau tingkah laku itu sendiri, yang dilakukan bukan kerana tekanan emosi atau desakan-desakan  dari luar seperti paksaan dsb.
•Perbuatan-perbuatan itu pula hendaklah dilakukan secara berterusan hingga menjadi kebiasaan dan darah daging kepada seseorang.
 
RUMUSAN
 Keadaan yang lahir daripada jiwa seseorang sebagai daya penggerak  kepada wujudnya satu-satu perbuatan, dan perbuatan  itu sendiri perlu  dilakukan dengan  motif yang baik, berterusan dan bukan disebabkan oleh desakan  atau dorongan emosi. Ia merupakan gabungan moral dan etika. Akhlak lebih menekankan  autoriti wahyu di samping tidak menolak akal, sedangkan moral dan etika lebih memberatkan taakulan manusia. 


  http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=PFSl4Ey6bCo



 

 

No comments:

Post a Comment